Kitab Istikharah Maryam - The Gospel of the Lots of Mary

Moderators: Shana, Malaysian Moderator

Post Reply
User avatar
Myoneishq
Posts: 146
Joined: Sun Nov 28, 2021 1:06 pm

http://black-banners.com/forum/viewtopic.php?p=157#p157



Baru-baru ini mereka menjumpai sebuah kitab Istikharah bernama Book of Lots of Mary. Ini adalah buku pegang tangan bersaiz kecil yang digunakan untuk berkomunikasi dengan Tuhan.

Mencabut kayu undi atau Istikharah seperti yang dikenali dalam bahasa Arab, adalah proses komunikasi dengan Tuhan dan membenarkan Dia (swt) memilih untuk anda. Ia digunakan selepas peristiwa penyaliban oleh murid-murid Yesus ketika mereka memilih pengganti Yudas.

Matius Dipilih Menggantikan Yudas

12- Kemudian para rasul kembali ke Yerusalem dari bukit yang disebut Bukit Zaitun, pada suatu hari Sabbath dengan berjalan kaki dari kota itu. 13- Apabila mereka tiba, mereka naik ke tingkat atas bilik tempat mereka menginap. Mereka yang hadir ialah Petrus, Yohanes, Yakobus dan Andreas; Filipi dan Thomas, Bartolomeus dan Matius; James anak Alfeus dan Simon orang Zelot, dan Yudas anak Yokubus. 14- Mereka semua tidak henti-henti berdoa bersama-sama dengan wanita-wanita itu dan Maryam, ibunda Yesus, serta saudara-saudaranya.

15- Pada masa itu Petrus berdiri di tengah-tengah orang-orang yang beriman (sekumpulan yang berjumlah kira-kira seratus dua puluh orang) 16- dan berkata, "Saudara dan saudari, Kitab Suci harus digenapi di mana Roh Kudus telah lama berfirman melalui Daud tentang Yudas, yang berkhidmat sebagai pembimbing bagi mereka yang menangkap Yesus. 17- Dia adalah salah seorang daripada kami dan mengambil bahagian dalam pelayanan kami."

18- (Dengan bayaran yang diterimanya untuk kejahatannya, Yudas membeli sebuah ladang; di sana dia jatuh terumbang-ambing, tubuhnya terburai dan seluruh isi perutnya tertumpah. 19- Semua orang di Yerusalem telah mendengar tentang hal itu, lalu mereka menamakan ladang itu dalam bahasa mereka Akeldama, iaitu, Medan Darah).

20- "Sebab", kata Petrus, "ianya tertulis di dalam Kitab Mazmur:

"Semoga tempatnya sepi; jangan ada orang yang tinggal di dalamnya;

dan,

"Semoga seorang yang lain mengambil tempat kepimpinannya,'

21- Oleh itu, adalah perlu untuk memilih seorang daripada orang yang telah bersama dengan kita sepanjang masa Tuan Yesus tinggal di kalangan kita, 22- bermula dari pembaptisan Yohanes hingga masa ketika Yesus diangkat daripada kita. Sebab salah seorang dari mereka harus menjadi saksi bersama kita tentang kebangkitannya."

23- Maka mereka mencalonkan dua orang: Yusuf yang dipanggil Barsabas (juga dikenali sebagai Yustus) dan Matias. 24- Kemudian mereka berdoa, "Tuhan, Engkau mengetahui isi hati setiap orang. Tunjukkanlah kepada kami, siapakah di antara kedua orang ini yang telah Engkau pilih 25- untuk mengambil alih pelayanan rasul ini, yang ditinggalkan oleh Yudas untuk pergi ke tempatnya." 26- Kemudian mereka mencabut kayu undi, dan undian itu jatuh kepada Matias; maka dia pun ditambahkan kepada kesebelas rasul.

Image

عن الامام الصادق (عليه السلام) أنّه قال: يقول الله عز وجل: من شقاء عبدي أن يعمل الأعمال فلا يستخيرني
Imam Al Sadiq a.s berkata: "Allah swt berfirman: "Di antara kesusahan yang menimpa hamba-Ku, hendaklah dia beramal tanpa melakukan Istikharah.

وعن الامام أمير المؤمنين (عليه السلام) قال: بعثني رسول الله (ص) الى اليمن فقال لي وهو يوصيني: يا علي ما حار من
استخار ولا ندم من استشار
Imam Ali bin Abi Thalib berkata: "Nabi Muhammad (sawas) mengutusku ke Yaman dan berkata kepadaku: "Wahai Ali, tidak ada orang yang beristikharah dan tetap bingung dan tidak ada penyesalan bagi orang yang melakukan Istikharah".

JENIS-JENIS ISTIKHARAH:

1. Menggunakan Kitab.

Seperti yang diketahui, orang ramai menggunakan Al-Qur'an atau AlKitab atau mana-mana kitab suci sebagai bentuk Istikharah. Mereka memegang buku yang tertutup di tangan mereka, memikirkan soalan untuk ditanyakan kepada Tuhan yang mana mereka sedang keliru, dan membuka kitab tersebut pada halaman rawak. Di atasnya mereka akan mendapati jawapannya.

Bolehkah saya menggunakan buku selain Al-Qur'an atau AlKitab?

Sudah tentu, anda boleh menggunakan mana-mana buku. Dan atas sebab itu, kitab-kitab seperti Lots of Mary telah ditulis, dan juga kitab Istikharah Imam Al Sadiq a.s di antaranya. Ia adalah buku pegang tangan bersaiz kecil yang mengandungi banyak halaman yang memuatkan jawapan ya dan tidak berserta nasihat-nasihat. Ini digunakan supaya jawapannya lebih jelas. Tetapi anda boleh menggunakan mana-mana buku.

Image

Image

Image

Konsep ini telah dibincangkan di dalam buku oleh pengarang Richard Bach dalam kisahnya:
"Illusions: The Adventures of a Reluctant Messiah:"
(Anda boleh membaca buku penuh di bahagian perpustakaan kami di forum)
Ianya sama seperti itu.. Lihat muka surat di atas

Dilampirkan di sini salinan cetakan versi Istikharah Imam Al Sadiq seperti dalam bahasa Arab....

2. Istikharah melalui mimpi.

Salah satu bentuk Istikharah adalah dengan berdoa atau bertanya kepada Tuhan dan menunggu sehingga anda menerima mimpi yang memberikan anda jawapan.

3. Istikharah melalui bertanya kepada 10 orang yang arif.

Satu lagi bentuk Istikharah adalah dengan bertanya kepada 10 orang arif yang anda percayai pendapat mereka tentang perkara yang anda keliru sementara mempercayai bahawa Tuhan akan membalas anda melalui lidah mereka. Kemudian anda mengambil apa yang dinyatakan oleh majoriti dari mereka.

.......

Aku akan menambahkan jenis-jenis Istikharah yang lain pada masa hadapan, kerana terdapat terlalu banyak untuk disenaraikan semuanya pada masa ini....

.......

Keadaan di mana Istikharah berfungsi:

1. Ketiadaan Nabi, Rasul atau Imam.
Ini bermakna jika sebagai contoh Yesus hadir di antara kita atau Muhammad atau Buddha, kita tidak boleh meninggalkan mereka dan meminta kepada Tuhan secara langsung kerana mereka adalah bahasa Tuhan di kalangan kita, dan Tuhan akan berbicara kepada kita melalui mereka sebelum Dia (swt) berbicara melalui sehelai kertas. Apabila mereka tiada di sana maka kita boleh menggunakan Istikharah, hanya apabila kita tidak mempunyai akses kepada mereka. Jika kita menggunakan Istikharah semasa mereka hadir, hanya Syaitan dan Iblis yang akan menjawab kita.

2. Iman yang sempurna.
Ini bermakna bahawa Istikharah hanya berfungsi dan memberikan anda jawapan Tuhan jika anda ikhlas 100 peratus Tuhan akan menjawab anda melalui Istikharah dan jika anda 100 peratus komited untuk mematuhi keputusan Istikharah tidak kira apa pun.

3. Anda tidak mempunyai rujukan.
Ini bermakna anda sedang keliru. Istikharah berada pada masa kekeliruan dan anda harus bersikap neutral, hanya mahukan yang terbaik. Anda tidak boleh membuat Istikharah apabila anda bersandar di satu jalan atau harapan yang lain atau mengharapkan hasil tertentu.


Aba-AlSadiq (PBUH)
Post Reply

Return to “Pengenalan kepada Gnosis”