User avatar
By Peja
#65002
Pengharapan Kepada Allah SWT

(Bismillahirrahmanirrahim)
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian Alam, Ya Allah limpahkanlah solawat dan salam ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad para Imam dan para Mahdi, salam sejahtera ke atas mereka semua.

Kejayaan datang dari Allah SWT dan Allah Maha Mengetahui

Wahai Ahmad, Wahai Abdullah, Wahai Mahdi, dari Kalian Wahai Ahlulbait kebaikan dan bersama Kalian Wahai Ahlulbait kebaikan; dan ke atas Kalian Wahai Ahlulbait kebaikan

Labbaik Ya Hussein,

Pengharapan Kepada Allah SWT
“Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka siapa di antara mereka yang lebih dekat dan mengharapkan rahmat-Nya; dan takut akan azab-Nya; sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang ditakuti”.-(Surah Al-Isra’, 17: 57)

“Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu, pasti datang. Dan Dialah Yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui”.-(Surah Al-Ankabut, 29:5)

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah; dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.-(Surah Al-Baqarah, 2: 218)

Perjalanan hidup di dunia ini dipenuhi dengan pergelutan, naik dan turun; dan selalunya pengalaman berharga ini boleh menyebabkan seseorang itu putus harapan namun seseorang itu tidak sepatutnya melupakan rahmat Allah SWT ke atasnya; dan pengadilan Allah SWT yang tidak dapat dinafikan. Iblis, Jin dan Syaitan (l.a) bertindak di masa-masa kesukaran di dalam kehidupan kita ini. Sesungguhnya Allah SWT menguji hamba-bamba yang dikasihiNya dengan ujian dan kesukaran; dan salah satu contohnya adalah Nabi Muhammad SAW yang paling dicintai Allah SWT, hidupnya masih dipenuhi dengan kesukaran namun tidak sekalipun beliau SAW engkar untuk bersyukur kepada Allah SWT. Ianya terpulang kepada kita untuk merangkul kesukaran hidup itu dan sentiasa bergantung harap kepada Allah SWT kerana siapakah yang lebih mengasihi kita selain Allah SWT?. Ianya melalui kesukaran dan kepayahan kita menemukan jalan kepada Allah SWT, jika bukan disebabkan oleh kesulitan kita mungkin tidak menjadi seperti kita hari ini atau di mana kita berada sekarang, ianya disebabkan oleh belas kasihan, kasih- sayang; dan pengharapan Allah SWT ke atas kita Dia SWT menimpakan kita dengan kesukaran. Ianya perlu untuk perkembangan kita dan Bapa Kita Ahmad Al-Hassan (a.s) juga akan bertindak dengan kaedah ini untuk menguatkan kita; dan baru-baru ini Aba Sadiq (a.s) berkata: “Wahai Ansar Allah, kita tidak memiliki apa-apa pun tanpa Si Hamba Yang Soleh Ahmad Al-Hassan (a.s), Si Pengembala hendaklah mengajar, menegur; dan bertegas kepada jagaannya supaya dapat menguatkan mereka; dan menyelamatkan mereka dari diri mereka sendiri; dan juga syaitan…”, maka ianya terpulang kepada kita apabila tibanya kesulitan kita menerimanya, merangkulnya; dan tidak pernah putus pengharapan kepada Allah SWT; dan sentiasa menempatkan Kebergantungan; dan Kepercayaan penuh terhadap Allah SWT.

Kitab Al-Quran yang suci berkata:
“…bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu…”.-(Surah Luqman, 31: 17)

“…Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita…”-(Surah At-Taubah, 9: 40)

“Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan”.-(Surah Al-Insyirah, 94: 6)

“…dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar…”-(Surah At-Talaq, 65: 3)

Pengharapan Nabi Zakaria (a.s), ketika Maryam, ibunda Isa (a.s), diamanahkan di bawah jagaan Nabi Zakaria (a.s), beliau (a.s) (Nabi Zakaria) akan memasuki kamarnya dan mendapati dia (Maryam) diberikan makanan yang banyak. Melihatkan keadaan makanan tersebut, Nabi Zakaria (a.s) terkejut, memandangkan hanya beliaulah satu-satunya orang yang memasuki kamar tersebut. Apabila beliau bertanyakan tentang makanan tersebut kepadanya, dia menjawab ianya datang dari Allah SWT.
Al-Quran mengatakan: “Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nadzar) dengan penerimaan yang baik dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik; dan Allah menjadikan Zakaria pemeliharanya. Setiap kali Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakaria berkata: ‘Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?’ Maryam menjawab: ‘Makanan itu dari sisi Allah’. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya tanpa hisab”.-(Surah Aali Imran, 3: 37)

Sementara keadaan ini telah mengagumkan Zakaria, ianya juga meninggalkan kesan yang mendalam kepadanya. Nabi Zakaria (a.s) tidak dapat menimang cahaya mata, disebabkan beliau (a.s) seorang yang amat tua dan isterinya mandul. Maka Nabi Zakaria amat merindui untuk menimang cahaya mata bagi menyambung tugas beliau. Melihat bagaimana Allah SWT menganugerahi Maryam ianya menimbulkan sesuatu yang luarbiasa di dalam diri Zakaria (a.s). Ia memberinya harapan. Maka beliau (a.s) kembali kepada Allah dan dengan penuh pengharapan; dan keikhlasan, berdoa bagi sesuatu yang mustahil. Beliau (a.s) berdoa untuk mendapatkan anak.
Al-Quran menyatakan: “Lihatlah!. Ketika dia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut. Dia (Zakaria) berkata, "Ya Tuhanku, sungguh tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa di dalam berdoa kepadaMu, Ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir terhadap penggantiku sepeninggalku, padahal isteriku seorang yang mandul, maka anugerahilah aku seorang anak dari sisiMu. Yang akan mewarisi aku dan mewarisi dari keluarga Ya'qub; dan jadikanlah dia, Ya Tuhanku, seorang yang diridhai.”-(Surah Maryam, 19: 3-6)

Nabi Zakaria (a.s) mengetahui keadaan tersebut adalah mustahil. Beliau (a.s) mengetahui tulang-temulangnya sudah lemah, rambutnya telah beruban dan isterinya mandul. Namun, tanpa mengendahkan semua itu, beliau (a.s) kembali kepada Allah SWT dengan harapan. Dan dengan kemustahilan keadaan tersebut menjadikan pengharapannya sangat berkobar-kobar. Kisah ini adalah pengajaran bagi kita bahawa tidak kiralah sesukar mana atau bagaimana mustahil pun sesuatu keadaan itu, seseorang itu tidak sepatutnya putus harapan terhadap Allah SWT. Bagi Allah, tiada yang mustahil. Dan apabila Allah SWT mengurniakan sesuatu, Dia SWT memberinya tanpa hisab. Ini bermaksud kita tidak sepatutnya sampai kepada keadaan putus harapan untuk memohon kepada Allah SWT. Kita tidak sepatutnya sampai kepada keadaan yang mana kita menganggap permintaan kita keterlaluan, atau memikirkan apa yang kita pinta itu mustahil untuk terjadi. Itulah yang dimaksudkan terjadinya tanpa hisab. Jika Allah SWT mengurniakan sesuatu dengan hisab, akan terjadinya sesuatu yang keterlaluan untuk kita pohon. Namun, apabila Allah SWT memberi, Dia SWT memberinya tanpa hisab. Ini bermaksud tiada batasan terhadap Kemurahan dan Kasih-SayangNya. Contoh Nabi Zakaria (a.s) adalah salah satu contoh pengharapan dan kasih-sayang.
Dan bagi sebab tersebut, Allah memulakan kisah tersebut melalui firmanNya: “(Yang dibacakan ini adalah) penjelasan tentang rahmat Tuhanmu kepada hamba-Nya, Zakaria”.-(Surah Maryam, 19: 2)

Dan akibat dari pengharapan Zakaria (a.s) dan belas kasihan Allah SWT adalah penunaian doa beliau (a.s). Al-Quran menceritakan: “(Allah berfirman), “Wahai Zakaria!. Kami memberi khabar gembira kepadamu dengan seorang anak laki-laki namanya Yahya, yang Kami belum pernah memberikan nama seperti itu sebelumnya”. Dia (Zakaria) berkata, "Ya Tuhanku, bagaimana aku dapat mempunyai anak, padahal isteriku seorang yang mandul dan aku (sendiri) sesungguhnya sudah mencapai usia yang sangat tua?”. Allah berfirman, "Demikianlah”. Tuhanmu berfirman, "Hal itu mudah bagi-Ku, sungguh, engkau telah Aku ciptakan sebelum itu, padahal pada waktu itu engkau belum berwujud sama sekali”.-(Surah Maryam, 19: 7-9)

Dan walaupun Zakaria (a.s) berdoa untuk perkara tersebut, amat sukar untuk beliau (a.s) menerima perkara tersebut apabila doanya telah dimakbulkan. Keadaanya amat sukar sehingga kelihatan sangat mustahil ada jalan keluar baginya. Walaubagaimanapun, Allah telah memberikan jalan keluar baginya. Dia SWT merahmati Zakaria dengan belas kasihanNya yang tidak terbatas. Setiap kisah di dalam Al-Quran dirakamkan kepada kita dengan tujuan di dalamnya terdapat contoh tauladan belas kasihan, pengharapan, kasih-sayang, kesabaran dan di dalam kisah Nabi Zakaria (a.s), kita diajar untuk tidak sekali-kali berputus harapan tidak kiralah bagaimana mustahil pun keadaan tersebut terlihat. Kita diajar bahawa Allah SWT memberi tanpa hisab ataupun batasan dan tiada yang mustahil bagiNya. Yang paling utama, kita diingatkan bahawa apabila melalui suatu keadaan apabila kita tidak menemui jalan keluar, hanyalah kepada Allah tempat kita mengadu untuk memberi kita “sayap”.

Pemikiran yang baik – Bersangka baik kepada Allah SWT dan para Ansar Allah
terdapat banyak jalan yang membimbing kepada Allah SWT dan bagi setiap ciptaan Allah SWT, terdapat banyak jalan yang membimbing ke arahNya sebagaimana banyaknya kehidupan yang ada. Seorang yang celaka adalah mereka yang melihat rahmat Allah SWT sebagai sempit walaupun ia merangkumi segala-galanya. Ketahuilah tiada jalan yang akan membawa kepada kejayaan melainkan bersangka baik kepada Allah SWT, kerana Dia SWT adalah apa yang difikirkan oleh hamba-hambaNya yang beriman: Kebaikan bagi kebaikan dan sebaliknya. Manusia sudah dibiasakan, oleh Syaitan, untuk berfikir buruk tentang Tuhan mereka. Mereka cepat mempunyai prasangka, merasakan putus asa dari pandangan tanda-tanda penderitaan semata-mata. Mereka merasa takut disebabkan oleh dahsyatnya penderitaan, merasakan ianya mungkin akan menimpa mereka, maka mereka terjerumus ke dalam sesuatu yang mereka cuba elakkan dan apa sahaja penderitaan yang mereka takutkan akan berlaku; kita berlindung kepada Allah dari sebarang fikiran seperti itu.

Rasulullah SAW sentiasa suka bersifat yakin dan tidak menyukai peragu (Biharul Anwar, Jilid 92, halaman 2)

Keraguan adalah mengikut apa yang dibayangkan oleh peragu: Jika dia melihatnya sebagai teruk, maka teruklah ia, jika dia melihatnya sebagai biasa, maka biasalah ia. Dan jika tidak mengendahkan langsung tentangnya, ia akan menjadi seperti tidak pernah berlaku.-(Raudah Al-Kafi, halaman 197)

Orang beriman yang cuba untuk menempuhi jalan Ahlulbait (a.s) hendaklah membiasakan dirinya untuk bersangka baik terhadap Tuhannya, menjangkakan Allah SWT akan banyak menganugerahinya bagi kerja yang sedikit. Dia, Segala Puji Baginya, adalah Satu-Satunya yang memberi banyak bagi kerja yang sedikit. Apa sahaja perkara baik yang kalian harapkan kepadaNya dan apa sahaja yang kalian fikirkan normal kepermurahanNya, Dia SWT adalah lebih dari apa yang kalian gambarkan: Minda kalian terbatas sementara KepermurahanNya, Segala Puji bagiNya, tidak terbatas. Dia, Yang Maha Mulia telahpun memberitahu kalian bahawa Dia SWT adalah apa yang kalian fikirkan.

Imam Ali (a.s) berkata, “Barangsiapa yang bersangka baik terhadap kalian, kalian seharusnya membuktikannya benar”. -(Bihar Al-anwar, Jilid 74, halaman 212)

Adalah penting untuk bersikap seperti apa yang diarahkan oleh Dia SWT, iaitu, untuk bersangka baik terhadap Tuhan, Allah SWT dan juga saudara-saudara seiman kalian, nescaya kalian tidak akan berdukacita. Niat baik mungkin terbukti tepat, atau perkara itu akan bertukar mengikut niat baik sendiri melalui rahmat Allah SWT, atau Dia SWT dapat membantu untuk menjadikan niat baik itu suatu kenyataan. Jika tiada satu pun perkara yang baik berlaku kepada orang yang disangka baik itu, sekurang-kurangnya ini tidak akan membahayakannya. 

“Tuhan, kurniakanlah aku keyakinan dan sangkaan yang baik terhadapMu”.-(Biharul Anwar, Jilid 95, halaman 95)

Imam Jaafar Ash-Shodiq (a.s) dirakamkan pernah berkata, “Pada hari Pengadilan, dibawakan seorang hamba dan dia diarahkan untuk dilemparkan ke dalam Neraka. Hamba tersebut berpaling, di mana Allah Yang Maha Mulia; dan Maha Agung, berkata, “Bawakannya kembali”. Apabila dia didatangkan kembali, Allah bertanya kepadanya, “Wahai hambaku!. Mengapakah kamu berpaling daripadaKu?. Dia menjawab dengan berkata, “Tuhanku!. Aku tidak memikirkanMu sepertimana keadaan itu!”. Allah, Yang Maha Besar, bertanya kepadanya, “Lalu apakah yang kamu fikirkan tentangKu?. Lelaki itu berkata, “Aku jangkakan Kamu akan memaafkanku dan membenarkan aku untuk tinggal, dengan belas kasihanMu, di dalam syurgaMu”. Allah Yang Maha Agung berkata, “Wahai para malaikat!. Aku bersumpah dengan Kemuliaan dan KebesaranKu, dengan Keluhuran KedudukanKu, bahawa lelaki ini tidak pernah bersangka baik kepadaKu walau untuk seketika. Jika dia pernah bersangka baik kepadaKu walaupun untuk seketika, Aku tidak akan menngerunkannya dengan api neraka. Mengukuhkan kehidupannya dan meletakkannya di dalam syurga”.-(Al Jawahir Al-Saniyyah, halaman 270)

“…Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang[7] pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih".-(Surah Al-Mulk, 67: 3)

Hanya dengan bersangka baik kepada Allah SWT tidak bermakna seseorang itu harus kekal sedemikian, mengenepikan perbuatan baik dengan alasan bahawa dia bersangka baik kepada Allah, kerana ini adalah salah satu helah Syaitan (l.a), semoga Allah melindungi kita  dari kejahatannya bersama dengan mereka yang beriman dengan Muhammad SAW dan keluarganya yang disucikan. Adalah diwajibkan bagi seseorang itu untuk tertarik kepada apa yang dimiliki Allah SWT dan benar-benar menginginkan apa yang Allah SWT kurniakan. Jika seseorang itu mencintai apa yang Allah SWT ganjarkan, dia akan tertarik kepada kurniaanNya dan melihat segala kesukaran menjadi mudah. Jika seseorang itu mengetahui apa yang dia cari, adalah mudah baginya untuk melaksanakan usaha tersebut.
Imam kita, Imam Ali Ar-Ridha (a.s), dirakamkan pernah berkata, “Allah mengilhamkan Nabi Daud (a.s) untuk berkata, “HambaKu akan datang kepadaKu dengan satu amalan baik yang mana aku menganugerahkannya Syurga. Dia ditanya, “Tuhanku!. Apakah amalan baik ini?”. Dia menjawab, “Dia menghilangkan kegelisahan orang-orang beriman walau hanya separuh biji kurma”. Nabi Daud (a.s) berkata, “Barangsiapa yang benar-benar berusaha untuk mengenaliMu nescaya tidak akan berputus asa di dalam menerima belas kasihanMu”.-(Al-Jawahir Al-Saniyyah, halaman 79)

Ianya adalah disebabkan oleh kekuatan belas kasihan Allah SWT kepada hambaNya yang beriman, bahawa Yang Berkuasa mengatur kurniaan yang besar kepada hambaNya yang beriman apabila mereka bertindak atau tidak, sangatlah banyak sehinggakan Imam Ali anak kepada Imam Hussein (a.s) mengajarkan kepada para pengikutnya untuk membacakan doa berikut:
“Wahai Tuhan, jadikanlah degupan jantung kami, pergerakan sendi-sendi kami, kerdipan mata kami dan apa sahaja yang kami ucapkan memadai untuk menerima ganjaranMu”.-(Al-Sahifah Al- Sajjadiyyah, halaman 60)

Imam Al-Baqir (a.s) pernah berkata, “Allah mengilhamkan kepada Daud (a.s) untuk, “Sampaikan kepada kaummu tidak ada hamba di kalangan mereka yang aku serukan, maka dia menyampaikan kepadaKu, melainkan menjadi kewajipan ke atas Aku untuk mendengar hajatnya, untuk membantunya di dalam mematuhiKu. Apabila dia memohon kepadaKu, Aku memberinya perlindungan; apabila dia memohon kepadaKu untuk memberinya kecukupan, Aku mengurniakannya sehingga dia berpuashati; apabila dia bergantung kepadaKu, Aku melindunginya dari apa sahaja kelemahannya walaupun semua ciptaanKu bersatu menentangnya”.-(Al- Jawahir Al-Saniyyah, halaman 74)

Yang berikutnya diambil dari satu petikan hadis Qudsi dari halaman 66, Al-Jawahir Al-Saniyyah: “Wahai anak Adam!. Jika kalian mendapati kejahatan di dalam hati kalian, penyakit di dalam diri kalian, kemerosotan kekayaan kalian, kekurangan di dalam rezeki kalian, kalian harus mengetahui bahawa kalian telah berbicara tentang bukan urusan kalian”.

Ini adalah merujuk kepada percakapan yang tidak perlu, apatah lagi yang terlarang, kerana yang terkemudian adalah lebih bahaya dari racun dan racun memberi kesan kepada tubuh seseorang, sementara percakapan yang tidak perlu menyebabkan hati seseorang itu menjadi keras, mengurangkan kekayaan seseorang, mengurangkan rezeki seseorang sebagai tambahan kepada kebahayaan kepada tubuhnya. Bagaimana kemudiannya Allah SWT Yang Maha Mengasihani menerima bahawa seseorang itu harus malah mendedahkan dirinya kepada kebinasaan yang teruk itu?.

“…maka ke manapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui".-(Surah Al-Baqarah, 2: 115)

Imam Ash-Shodiq (a.s), Jaafar ibn Muhammad ibn Ali (a.s) merakamkan kata-kata bapanya yang merakam ucapan Rasulullah SAW, “Allah menyatakan  kepada Nabi Daud: “Wahai Daud!. Sepertimana matahari yang dapat menaungi banyak, Belas kasihanKu tidak pernah sempit kepada sesiapa yang mencarinya. Dan sepertimana keraguan yang tidak menyakiti sesiapapun yang bukan peragu, para peragu ini tidak dapat menyelamatkan diri mereka dari perselisihan”.-(Al-Jawahir Al-Saniyyah, halaman 77)

“Berhati-hatilah terhadap keganasan orang beriman, kerana dia melihat dengan Cahaya Allah”.-(Bassir Al-Darajat, halaman 375)
Y- Yamani et Yawmiates (Mémoires).

Salam, Le récipiendaire. Y-13. Il est aussi[…]

N- Nostradamus.

Salam, Au détriment des associateurs. N-7. […]