User avatar
By Peja
#63841
Muthannah Al-Hannat meriwayatkan dari Imam Jaafar ibn Muhammad (a.s), dari bapanya, Imam Muhammad Al-Baqir (a.s), bahawa beliau (a.s) berkata: “Hari (Kebesaran) Allah SWT ada tiga, hari kebangkitan Al-Qaim dan hari Al-Raj’ah; dan Hari Kebangkitan”(Ma’ani Al-Akhbar oleh Sheikh Al-Saduq mukasurat 366)

Imam Ash-Shodiq (a.s) berkata: “Apa yang mereka (ulama Kufah) katakan berkenaan ayat ini?

{Iaitu hari ketika Kami kumpulkan dari setiap umat satu golongan…} (Surah An-Naml: Ayat 83)

Maka aku berkata:

“Mereka (Ulama Kufah) berkata ia berkenaan Hari Kebangkitan (Kiamat).”

Lalu Beliau (a.s) berkata:

“Ia bukanlah seperti yang mereka katakan, malah sesungguhnya ia berkenaan Al-Raj’ah. Apakah Allah akan mengumpulkan pada Hari Kebangkitan (Kiamat) segolongan orang dari setiap Umat dan meninggalkan yang lainnya?!. Berkenaan Hari Kebangkitan (Kiamat) maka ia adalah ayat berikut ini:

{Dan Kami akan mengumpulkan mereka dan tidak meninggalkan seorang pun dari mereka}(Surah Al-Kahf: Ayat 47-48) (Mukhtasar Basir Al-Darajat, mukasurat 41-42)

Diriwayatkan berkenaan tafsir ayat berikut ini:

{Dan pada hari apabila Kami kumpulkan dari setiap umat, satu kumpulan yang menolak tanda-tanda (ayat) Kami, kemudian mereka akan diatur. Kemudian apabila mereka tiba, Allah berfirman kepada mereka: Adakah kamu menolak ayat/tanda keterangan-Ku, sedangkan kamu tidak dipandu dengan pengetahuan (ilmu)? Atau apakah yang kamu lakukan?} (Surah An-Naml: Ayat 83-84)

Imam Ash-Shodiq (a.s) berkata: “Tanda (Ayat Allah) adalah Amirul Mukminin (a.s) dan Imam-Imam (a.s) selepasnya… dan ini adalah berkenaan Al-Raj’ah.” (Bihar Al-Anwar oleh Al-Majlisi, Jilid 53, mukasurat 53, Hadis #30)

Tafsir ayat al-Quran berikut ini pula:

{Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim akan menerima hukuman sebelum dari itu, namun kebanyakkan mereka tidak mengetahui}(Surah At-Tur ayat: 47)

Diriwayatkan: Imam Al-Baqir (a.s) berkata: “dan sesungguhnya ia adalah orang-orang yang menzalimi berkenaan hak Ahlulbait Muhammad (a.s), akan ada hukuman sebelum itu (sebelum Hari Pembalasan/Kiamat) namun kebanyakkan manusia tidak mengetahui dan ini adalah merujuk kepada hukuman di dalam (masa) Al-Raj’ah”. (Bihar Al-Anwar oleh Al-Majlisi, Jilid 53, mukasurat 117, Hadis #144)
S- L'Islam comme Religion ?

Salam, Les méchants mécréants vont payer. S-[…]

N- Nostradamus.

Salam, Le retour du Christ. N-8. Quatrain f[…]