#64538
Berikut adalah petikan-petikan terbaru oleh Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) yang telah sampai kepada kita melalui facebook akaun احمد احمد

"Kehidupan dunia ini adalah ilusi dan perhiasannya merupakan duit dan anak kamu. Cerminan yang tidak akan menyedarkan manusia kecuali selepas kematian".

"Agama bukanlah dengan kata-kata. Agama merupakan pekerjaan. Dan pekerjaan itu bukanlah untuk kepada yang melakukan kerja itu sahaja bahkan untuk semua. Bekerja untuk menyelamatkan umat manusia".

"Seruan dakwah ini telah mencapai ke puncaknya dan In sha Allah kejayaan akan muncul tidak lama lagi. Banyak yang telah menaiki bahtera (seruan ini) tetapi terdapat segelintir yang komited dan tetap di dalam menghadapi taufan, angin yang kencang; dan ombak yang tinggi".

"Apabila kamu melakukan sesuatu tindakan, jangan biar orang lain tahu mengenainya melalui kamu. Biarkan tindakan itu yang menjelaskan mengenai kamu. Semoga Allah SWT memberi kejayaan kepada kamu".

"Solat itu satu kewajiban dan banyak manfaatnya. Di antara manfaatnya ialah ia menyedarkan kamu yang adanya pencipta yang mana wajib untuk kamu sembah. Dan di antara manfaatnya, yang mana kamu tunduk dan sujud; dan mengingatkan kamu walau sehebat mana pun kamu tetapi kamu tetap menundukan dahi; dan kepala; dan itu membuatkan kamu melupakan akan keangkuhan; dan kesombongan kamu. Dan daripada manfaatnya juga, ia membuatkan roh seorang manusia akan diangkatkan dan membuatkan jiwanya ringan dan tenteram. Itu hanyalah teramat sedikit dan kecil daripada kesemua manfaat solat. Tetapi semua manfaat itu hanya berguna apabila kamu menyerahkan roh, jiwa, rasa dan organ di antara tangan Allah secara ikhlas; dan penuh kecintaan. Dan apabila kamu bangun untuk mendirikan solat, kamu tersenyum terutamanya untuk solat subuh. Kebiasaanya apabila manusia bangun untuk solat subuh dan pada masa yang sama tidak cukup tidur, dia secara malas untuk bangun; dan berada keadaan yang keletihan; dan membuatkan wajahnya akan kelihatan berkerut; dan itu adalah tidak dibenarkan".

"Tahukah kamu adalah merupakan kewajiban kepada pihak keluarga perempuan yang diceraikan atau janda untuk berkahwin malah lebih utama daripada anak dara?. Sesungguhnya Allah SWT telah mewujudkan di dalam diri kita naluri keinginan seksual dan ia merupakan rahmat sekiranya ia halal. Dan sekiranya ia haram ia akan menjadi kebencian dan dendam; dan juga merupakan penyakit dan sesungguhnya neraka amat mendahagai mereka yang melakukannya. Dan juga adalah haram kepada kita untuk menafikan diri kita daripadanya kerana ia merupakan rahmat kerana ia adalah keinginan kepada setiap manusia yang normal".

"Aku tidak pernah berasa bangga atau berbesar hati dengan sebab seruan Imam Mahdi (a.s) dan aku tidak akan berbuat demikian. Seruan ini tidak mempunyai jalan tengah sebagai penyelesaian, hanyalah hitam atau putih".

"Siapa yang bersungguh-sungguh untuk bertemu dengan Allah SWT?. Dan siapa yang mahukan Allah redha kepadanya dan memasuki rahmat Allah, mereka hendaklah mengorbankan segalanya apa yang berkaitan dengan dunia yang melalaikan ini".

"Dan mereka akan tetap berpaut kepada kegelapan sehingga ke hari kiamat. Dan bayangan kegelapan tetap akan berjalan mengatasi setiap cahaya. Dan kegelapan tidak akan menang selamanya ke atas cahaya selagi adanya Tuhan yang bergelar Al-Jabbar".

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha apengasih.

Allah SWT berfirman di dalam kitab Al-Quran yang suci:

{Sesungguhnya Allah tidak malu untuk membawakan contoh/perumpamaan/ perumpamaan seperti nyamuk ataupun yang lebih kecil daripada itu. Dan orang yang beriman mengetahui bahawa itu daripada Tuhan. Dan orang-orang yang tidak mempercayainya akan berkata, "Apakah yang dikehendaki Allah dengan perumpamaan ini sebagai contoh?". Dia (Allah) menyesatkan dengan banyak dan juga memberi petunjuk dengan banyak. Dan Dia tidak menyesatkan kecuali orang yang fasik} [Al-Quran: 2: 26]

Orang-orang yang ku kasihi sekalian. Jangan sesekali marah kepada Allah, walaupun sekiranya itu dibenarkan. Dan jangan sesekali kamu menyukai apa pun daripada dunia ini melebihi akhirat. Keseluruhan dunia ini tidak memadai walaupun sekecil atom berbanding akhirat. Dan apabila kita menyebut atom, itu hanyalah untuk perbandingan, tetapi walaupun 10 daripada atom, ia tetap terlalu besar berbanding dunia. Dunia tidak mempunyai apa-apa nilai pun.

Ya, orang-orang yang ku kasihi. Sesungguhnya itu hanya illusi dan aku berharap yang kamu memahami yang itu hanya illusi yang nyata. Illusi dan tiada lain selain itu. Aku berharap kamu memahaminya. Setiap orang di dalam dan di atasnya adalah illusi. Illusi yang setiap manusia tidak akan bangun daripadanya kecuali selepas kamu hilang daripada jasad kamu.(mati)

Lihat di sekeliling kami...lihat kepada semua perkara. Kamu akan mendapati semuanya hanyalah bersifat sementara. Seseorang yang kamu perjuangkan sebelum ini, kamu rasakan pada saat ini sangat membosankan dan berharap agar dapat melupakannya. Di saat kematian, itulah perumpamaan terhadap dunia.

Aku akan memberikan contoh yang lebih dekat lagi, sebagai contoh jika kamu membeli satu barang pada hari ini. Satu barang yang sangat kamu idamkan selama ini dan sangat-sangat berharap untuk membelinya; dan pada hari ini barang itu menjadi milik kamu. Berapa lamakah masa yang kamu perlukan untuk menjadikan barang itu seperti perkara yang biasa kepada kamu?. Hanyalah sekejap sahaja. Dan selepas itu kamu akan jemu dengannya. Begitulah kehidupan di dunia ini. Jika kamu memenuhi pandangan kamu dengannya, kamu akan jemu dengannya.

Lihatlah pada setiap perkara di dunia ini dan lihat pada keseluruhan dunia ini daripada pandangan atas. Jika seseorang datang kepada kamu dan memberitahu yang semua ini kepunyaan kami; dan kamu akan hidup selama seratus ribu tahun supaya kamu dapat melihatnya setiap inci; dan bukan hanya satu kali tapi untuk beberapa kali. Akan tiba masanya kamu akan berasa bosan akannya dan mata kamu telah jemu dengannya. Jika itu kenyataan dan jika itulah yang kekal untuk kita, nescaya kita tidak akan bosan dengannya. Dan itulah bukti yang hidup ini amatlah singkat sementara kehidupan di syurga adalah kekal abadi kerana akhirat merupakan kehidupan yang sebenar bukannya illusi dan dunia inilah merupakan illusi.

Sekarang, adakah kamu memahami apa yang ku sampai wahai orang-orang yang ku kasihi?.

Sesiapa yang menjual akhiratnya kerana dunia sesungguhnya merupakan seratus peratus orang yang gagal. Dan pemenang merupakan mereka yang bekerja untuk hari akhirat mereka yang mana kerjanya akan menyinarkan wajahnya di hadapan Tuhannya nanti.

{Dan tidaklah kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?} [Al-Quran: 6: 32]

"Aku memberi amaran kepada kamu tentang sifat keakuan"

Berhati-hatilah dengan keakuan dan berhati-hatilah akannya. Setiap kali kamu merasai yang kamu lebih baik daripada yang lain, ingatlah yang Allah Maha Esa itu adalah Al-Azeem (Yang Agung) Al- Jabbar, Al-Mutakabir.. kamu tiada apa untuk disebut di dalam hidup ini. Dan itu merupakan satu kenyataan.

"Setiap manusia mempunyai sebiji benih di dalam diri mereka. Sesetengahnya dapat mengeluarkan dan menyerlahkannya. Dan sesetengahnya tidak berjaya untuk melakukannya. Semua perkara ini terpulang kepada manusia itu sendiri. Mereka yang tidak berjaya melakukanya kerana mereka tidak mahu untuk melakukanya ataupun kerana mereka tidak pernah mencuba untuk melakukanya. Dan kebijaksanaan datang daripada mereka yang berkualiti. Dan ketenangan mencerminkan seseorang. Dan perbuatan akan menyerlahkannya dan orang lain tenggelam di bawah lidah nya".

Adakah kamu mahu untuk aku memberitahu sesuatu yang akan membuatkan kamu melakukan perkara tersebut?. Tetapi dengan syarat kamu bekerja untuk melakukanya.

Jangan mengatakan walau sepatah perkataan, atau pun melakukan sesuatu tindakan sebelum kamu menyelidikinya dari segenap sudut. Dan jangan membuat keputusan kecuali apabila kamu yakin mengenainya. Sesungguhnya di dalamnya kebaikan dan kebenaran. Dan apabila kamu membuat keputusan ataupun apabila kamu melakukan sebarang tindakan, jangan sesekali mengabaikannya. Tetaplah dengan pendirian kamu tetapi penuh dengan kebenaran dan lakukannya dengan ikhlas kepada Allah. Dan apabila kamu membuat keputusan, jangan sesekali mengubahnya. Dan apabila kamu berkata-kata, jangan sesekali meninggalkanya. Tapi ingat: kebenaran dan kerana Allah, selepas kamu berfikir secara intensif dan mendalam. Dan jangan benarkan sesiapapun di muka bumi ini mempengaruhi kamu untuk mengubah pendirian kamu kecuali hanya lah hujjah Allah sahaja.
A- Nom nouveau du Mahdi.

Salam, Après le Rappel. A-19. Nous avions d[…]

Ha- Houmaza, Calomniateurs.

Salam, Des calomniateurs. Ha-1. Al-Houmazah[…]

L- La Mère des Cités.

Salam, La Montagne des Montagnes. L-6. Il e[…]