User avatar
By Peja
#64983
Hamba Yang Soleh

Ucapan Paltalk oleh Abdullah hashem Aba Al Sadiq a.s Mahdi kedua a.s, pada 1 November 2016

(Paltalk Room: The Black Banners oOo Alrayat Alsud Almashriqiya)

A’uthubillahiminassyaitanirrajim

Bismillahirrahmanirrahim.

Allahumma solli ala Muhammad wa aali Muhammad al a’immah wal mahdiyyin wa sallim tasliman kathira.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tajuk kuliah pada hari ini adalah “Hamba Yang Soleh”

Allah swt berfirman di dalam kitab suci Al Quran:

Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. Musa berkata kepadanya: "Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?”. Dia menjawab: "Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersama aku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?". Musa berkata: "Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusanpun". Dia berkata: "Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apapun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu". – [Surah Al-Kahfi, 18:65-70]

Kita melihat di dalam ayat suci ini tentang perjalanan Musa a.s bersama dengan Hamba Yang Soleh – yang merupakan Imam Al-Hussein a.s – bermula dengan persetujuan di antara Musa a.s dan Hamba Yang Soleh a.s. Dan persetujuan ini melibatkan dua syarat, syarat yang pertama adalah Musa a.s hendaklah bersabar, dan syarat yang kedua adalah beliau harus mendiamkan diri, bermaksud patuh, kepada arahan Hamba Yang Soleh tanpa menanyakan sebarang soalan, sehingga Hamba Yang Soleh menerangkan perkara tersebut kepadanya apabila beliau hendak berbuat demikian.

Kesabaran, dan Kepatuhan, adalah dua syarat perjanjian ini mereka memulakan perjalanan.

Dan demikian juga: Hari ini Imam Ahmad al Hassan a.s – yang mana merupakan al Hussein a.s dalam kebangkitannya – telah menetapkan dua syarat tersebut ke atas para Ansar. Dan beliau berkata kepada mereka “Aku mahukan dari kalian kesabaran, kemudian kesabaran, kemudian kesabaran, dan kemudian kepatuhan”.

Dan ini adalah ukuran kepada sesiapa yang mahu berjalan di atas laluan bersama-sama al Qaim Keluarga Muhammad, salam ke atas mereka.

Sesiapa yang mahu berjalan di atas laluan bersama dengan al Qaim Keluarga Muhammad a.s hendaklah bersedia untuk bersabar sepertimana pengembaraan Musa a.s, malah mungkin perjalanan pada hari ini lebih sukar. Dan manusia yang beriman hendaklah betul-betul bersabar dan patuh dengan sebenar-benarnya.

Imam Ahmad al Hassan a.s berkata: “Ya,berjalan bersama para maksumin adalah sukar. Namun ianya tidak mustahil. Akan tetapi sesiapa yang melalui jalan ini hendaklah menyediakan dirinya dengan sebenar-benarnya”.

Jika kita melihat kepada tiga kejadian yang disebut di dalam al Quran, kita akan mendapati kejadian tersebut benar-benar sukar.

Allah swt berfirman:

Maka berjalanlah keduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Hamba Yang Soleh melubanginya. Musa berkata: "Mengapa kamu melubangi perahu itu akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya?" Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar. Dia (Khidhr) berkata: "Bukankah aku telah berkata: "Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku". – Surah al Kahfi, 18:71-72.

Maka berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang budak, maka Hamba Yang Soleh membunuhnya. Musa berkata: "Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih, bukan karena dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang mungkar". Hamba Yang Soleh berkata: "Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahwa sesungguhnya kamu tidak akan dapat sabar bersamaku?" – Surah al Kahfi, 18:74-75

Maka keduanya berjalan; hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu, tetapi penduduk negeri itu tidak mahu menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Hamba Yang Soleh menegakkan dinding itu. Musa berkata: "Jikalau kamu mahu, niscaya kamu mengambil upah untuk itu".Hamba Yang Soleh berkata: "Inilah perpisahan antara aku dengan kamu; kelak akan kuberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.- Surah al Kahfi, 18:77-78

Dalam kejadian tersebut, Musa a.s telah melihat Hamba Yang Soleh telah melakukan ketidakadilan kepada manusia dan menindas mereka tanpa sebab! Malah beliau berfikir Hamba Yang Soleh sengaja mahu membunuh kanak-kanak dan hendak membunuh orang di atas kapal, dan ianya adalah sukar bagi Musa pada ketika itu untuk mendiamkan diri dan bertanya…namun dengan cepat selepas itu beliau tersedar dan kembali patuh.

Dan demikian juga, bersama dengan Qaim a.s, akan terjadinya kejadian seperti itu, malah lebih sukar dari itu.

Abu Ja’far a.s berkata: [Al Qaim akan mengadili perkara-perkara yang akan dibantah oleh sebahagian pengikutnya yang pernah berjuang di hadapan beliau dengan pedang, dan ia adalah pengadilan Adam a.s, maka beliau a.s akan bangkit untuk memenggal lehernya mereka. Kemudian beliau akan mengadili untuk kali kedua, maka sebahagian lain dari mereka yang pernah berjuang di hadapan beliau dengan pedang akan membantahnya, dan ia adalah pengadilan Daud a.s, maka beliau a.s akan bangkit dan memenggal leher mereka. Kemudian beliau akan mengadili untuk kali ketiga, maka sebahagian lain dari mereka yang pernah berjuang di hadapan beliau dengan pedang akan membantahnya, dan ianya adalah pengadilan Ibrahim a.s, maka beliau akan bangit dan memenggal leher mereka. Kemudian beliau akan mengadili untuk kali keempat, dan ianya adalah pengadilan Muhammad sawas, maka tiada sesiapa pun yang akan membantahnya.)

Abu Abdillah a.s berkata: “Sementara seorang lelaki bersama al Qa'im yang diperintahkan oleh beliau dan dilarang oleh beliau, Qa'im akan mengatakan: Serahkan dia. Jadi mereka menyerahkannya di hadapan beliau a.s, maka Qa'im memerintahkan leher lelaki itu dipenggal. Maka tidak ada yang tinggal melainkan ketakutan kepadanya"

Imam Sadiq a.s berkata: “Dunia ini tidak akan berakhir, sehingga seorang lelaki dari Ahlul Bayt kami muncul, beliau akan berhukum dengan hukum Daud dan Keluarga Daud, beliau tidak akan meminta bukti dari manusia”. Imam Ahmad al Hassan a.s berkata di dalam kitab al-Ijl (anak sapi),” Dan ini membuktikan bahawa Allah swt mengurniakan Imam Mahdi a.s tentang perkara-perkara batin, dan Dia swt mengizinkan beliau a.s untuk berhukum berdasarkan batin”. Akhir kalam bapa a.s.

Imam Al Baqir a.s berkata: Sesungguhnya beliau dinamakan Mahdi (Yang Diberi Petunjuk), kerana beliau memimpin ke arah perkara yang ghaib, begitu banyak sehingga beliau akan mendatangkan seorang manusia yang mana orang lain tidak mengetahui sebarang dosa darinya, maka beliau a.s akan membunuhnya”

Ibnu Abi Ya’four berkata: “Aku mendatangi Aba Abdillah a.s ketika beliau sedang bersama sebahagian pengikutnya. Maka dia berkata kepadaku: “Wahai anak kepada Abi Ya’four, sudahkah kamu membaca Quran?”

Maka aku berkata: “Ya, bacaan ini”.

Maka beliau a.s berkata: “Aku bertanyakan kepadamu tentangnya, bukan selain darinya”.

Maka aku berkata: “Ya semoga diriku menjadi tebusanmu, mengapa?”

Maka beliau a.s berkata: “Kerana Musa a.s berkata sesuatu kepada kaumnya di mana mereka tidak dapat menerimanya, maka mereka keluar menentangnya di Mesir, maka mereka memeranginya, kemudian beliau memerangi mereka kembali, kemudian beliau membunuh mereka. Dan disebabkan Isa a.s berkata sesuatu kepada kaumnya di mana mereka tidak dapat menerimanya, maka mereka keluar menentangnya di Tikrit, maka mereka memeranginya, maka beliau a.s memerangi mereka kembali, maka beliau a.s membunuh mereka, dan ia adalah firman Allah swt: [lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan yang lain kafir. Lalu Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang-orang yang menang.- Surah Ash Shaff, 61:14], dan Qaim pertama yang akan bangkit dari Ahlul Bayt kami akan memberitahu kamu sesuatu yang tidak dapat diterima, maka kamu akan keluar menentangnya di Rumaylat al Daskara, maka kamu akan memeranginya, dan beliau akan memerangi kamu kembali, kemudian beliau akan membunuh kamu. Dan ia akan menjadi kematian terakhir”

Kita melihat dari kejadian-kejadian tersebut bahawa Hamba Yang Soleh Ahmad Al Hassan membunuh sebahagian dari pengikutnya kerana mereka tidak dapat menerima pengadilannya, malah mereka sehingga berfikir bahawa beliau mengubah syariat, dan mereka berfikir beliau menghukum dengan selain dari apa yang diturunkan oleh Allah swt.

Dan di sini kita harus memberi perhatian kepada dua perkara penting. Pertama, Al Qaim akan berhukum dengan satu pengadilan yang baru dan asing kepada kita, dan kita harus menjangkakannya, malah kita harus menjangkakan apa yang lebih sukar, jika kita benar-benar mahu bertahan dan diselamatkan.

Dan perkara kedua adalah Hamba Yang Soleh pada tahap ini tidak akan menerima sebarang kelemahan dari pengikutnya, dan beliau a.s tidak akan menerima mereka yang tidak dapat mematuhi perintahnya, malah pada saat tertentu kelemahan tersebut akan membawa kepada kematian mereka.

Hari ini aku tidak akan memperincikan tentang penafisran kisah tersebut, dan semua orang insyAllah mengetahui tentangnya. Aku juga tidak mahu memperincikan tentang riwayat Muhammad sawas dan Keluarga Muhammad a.s yang suci, dan ianya ada banyak.

Namun aku ingin berbicara kepada kalian tentang Hamba Yang Soleh yang dikenali Abdullah Hashem.

Ahmad al Hassan Hamba Yang Soleh a.s adalah seorang lelaki yang rumit. Malah sesiapa yang mengenalinya meragui bahawa beliau adalah manusia. Dan kebenarannya adalah beliau bukan lelaki seperti kita, beliau adalah pembentuk para lelaki dan manusia.

Ahmad al Hassan akan menguji para Ansarnya dengan apa yang tidak bernilai dan berharga kepada mereka.

Almad al Hassan akan menjadikan kata-kata “Yang gila bagi penduduk dunia, dan yang waras bagi penduduk syurga” berlaku kepada para ansarnya.


Ahmed al-Hassan akan merobek dan mencabut daripada badan-badan dan minda orang yang beriman sebarang sisa-sisa adat dan tradisi masyarakat.

Ahmad al Hassan adalah Halal dan Haram. Beliau adalah yang dibenarkan dan yang dilarang.

Ahmad al Hassan adalah pemisah kepada syaitan dan orang-orang beriman.

Ahmad al Hassan adalah yang keras, yang berbelas kasihan

Sama ada kita bersama Ahmad al Hassan Hamba Yang Soleh atau tidak, wahai Ansar Allah!

Bersama Ahmad al Hassan Hamba Yang Soleh sama ada kita menjadi pengikut pada perintahnya, atau kita kekal dalam ketidakwujudan, wahai ansar Allah!

Bersama Ahmad al Hassan Hamba Yang Soleh, jika kalian menjawab kepadanya dengan “mengapa” atau “bagaimana”, ianya akan dikira sebagai kekafiran dan kekurangan Islam, kekurangan kepatuhan, dan ia akan menjerumus kepada pembuangan dari rahmat Allah di dunia dan di akhirat.

Ahmad al Hassan a.s adalah seorang yang tidak disembunyikan darinya syurga ataupun dunia.

Ahmad al Hassan a.s adalah yang mengetahui apa yang disembunyikan oleh hati.

Ahmad al Hassan adalah seorang yang ditakuti Iblis

Dan bapaku Ahmad al Hassan a.s berkata kepadaku kadangkala Iblis l.a datang kepadanya, namun ia menjauhkan diri kerana ia takut untuk datang lebih dekat kepadanya a.s. Dan Iblis l.a berkata kepadanya a.s: “Adakah kamu menerima untuk aku berkata sesuatu, tetapi dengan syarat bahawa kamu tidak melaknatku?”. Maka Ahmad al Hassan a.s tidak membalasnya. Kemudian Iblis l.a berkata: “Aku tinggalkan ansarmu kepadamu, dan kamu tinggalkan kepadaku ansarku”. Maka Ahmad al Hassan a.s menjadi marah dan melihat kepadanya. Maka Iblis l.a melarikan diri dalam ketakutan, dan sedang ia melarikan diri ia berkata: “Wahai anak Muhammad, jangan memperbodohkan dirimu! Kerana bapamu tidak melakukan apa-apa namun kamu mahu melakukan sesuatu?!! Kamu akan melihat bahawa aku akan menewaskan kamu dengan Ansar kamu sendiri”.

Namun Iblis mengetahui bahawa ia berbohong kepada dirinya sendiri dan ia sedar bahawa masanya telah tiba, dan dia sangat mengetahui pengakhirannya seperti yang dijanjikan Allah adalah tidak lama lagi. Namun ia cuba dengan segala usahanya untuk menangguhkan hari tersebut.

Dan apa yang dimaksudkan oleh Iblis l.a bahawa ia akan menewaskan Ahmad al Hassan dengan Ansarnya sendiri, adalah ia akan membuatkan kesemua ansar berpaling.

Dan bapaku Hamba Yang Soleh telah memberitahuku bahawa Jinn dan Iblis tidak kisah akan apapun melainkan Ansar, dan tidak berusaha kepada orang lain melainkan Ansar, dan mereka tidak melakukan apa-apa yang lain selain dari untuk menjatuhkan para Ansar.

Dan adakah kalian tahu keadaan kita wahai Ansar Allah?

Bapaku telah memberitahuku, dan beliau telah memberitahu saudaraku Adam a.s, bahawa sebahagian Ansar di seluruh dunia, tahap keimanan kebanyakan mereka dalam lingkungan 70 peratus.

Dan untuk mencapainya, tahap keimanan hendaklah 100 peratus

Dan bapaku telah memberitahuku bahawa pada tahap ini beliau a.s tidak menjamin sesiapapun melainkan 40 orang dan para Mahdi. Dan pada satu ketika beliau tidak menjamin sesiapapun. Dan beliau a.s berkata kepadaku: “Aku mempunyai perkara sekiranya aku berkata kepadamu sekarang, sama ada kamu ataupun 40 lelaki ataupun para Mahdi tidak seorangpun yang akan tinggal dan kalian semua akan lari seolah-olah biri-biri takutkan serigala. Dan ini adalah kebenaran, namun kamu tidak akan mendengarnya kerana kamu tidak sepatutnya mendengarnya, dan kamu tidak mendengarnya kerana kamu tidak diuji dengannya, dan ianya bukan untuk kamu” – akhir kalam beliau a.s

Maka bagaimana seseorang itu tidak gentar setelah dia mendengarkan tentang Hamba Yang Soleh a.s ini? Dan bagaimana seseorang itu tidak berasa malu apabila dia mendengarkan ini? Dan bagaimanakah ego sebesar atom boleh memasuki jiwa seseorang apabila dia mendengar tentang Hamba Yang Soleh a.s ini?

Wahai Ansar Allah, kita tidak mempunyai apapun tanpa Hamba Yang Soleh Ahmad al Hassan a.s. Pengembala hendaklah mendidik dan menegur dan berkeras kepada jagaannya untuk menguatkan mereka dan menyelamatkan mereka dari diri mereka sendiri dan daripada syaitan.

Dan Demi Allah wahai Ansar Allah, aku mendengar dari Bapa a.s beberapa perkara, yang mana jika kalian mendengarnya hanya sebahagian daripadanya, kalian akan melarikan diri. Perkara yang akan mengelirukan fikiran dan membuatkan rambut pemuda menjadi putih.

Dan Bapa a.s telah mengujiku dengan perkara yang tidak terlintas langsung di fikiranku, dan tidak akan terlintas di fikiran sesiapapun. Dan kita masih lagi di permulaan jalan.

Dan Ahmad al Hassan a.s berkata kepadaku: Sehingga sekarang aku tidak berbicara tentang apapun. Segalanya yang telah diperkatakan dan diajar kepada pengikutku, adalah amat kecil untuk disebut, dan apa yang akan datang adalah lebih besar”.

Aku memohon kepada Allah untuk meneguhkan aku dan kalian, saudara-saudariku yang dikasihi sekalian.

Dan aku tinggalkan kepada kalian dengan nasihat ini:

Jika kalian benar-benar mahu berjalan dengan Ahmad al Hassan Hamba Yang Soleh a.s, maka bunuhlah dirimu sebelum kamu dibunuh. Dan jadilah seperti orang mati yang berjalan di antara tangan-tangan Yang Maha Hidup dan Maha Pemurah.

Dan jangan melangkaui Imam a.s, dan jangan ketinggalan darinya a.s, dan jangan bertanya.

Jadikanlah Ahmad al Hassan a.s pendengaran, penglihatan dan fikiran kalian.

Kerana dia melihat apa yang tidak dilihat kalian.

Dan dia mengetahui apa yang tidak kalian ketahui.

Dan dia memahami apa yang tidak difahami kalian.

Dan jangan dikejutkan dengan apa-apa pun, dan jangkakanlah segalanya.

Dan janganlah terikat dengan apa-apa atau sesiapa pun, dan jangan mencintai seseorang lebih dari Allah, malah jangan terikat dengan apa-apa atau sesiapa langsung. Kerana yang pastinya dunia ini akan binasa, dan ia adalah tempat penderitaan, dan kalian akan diuji dengan apa yang dicintai kalian dan apa yang kalian mahukan.

Hamba Yang Soleh a.s tidak akan meninggalkan meninggalkan setitik kelemahan pun pada kalian melainkan beliau a.s akan menggalkannya dari kalian.

Dan beliau a.s tidak akan membiarkan ruang bagi syaitan melainkan beliau a.s akan menutupnya. Beliau a.s akan menjadikan kalian gunung yang tidak dapat dihancurkan, beliau a.s akan menjadikan kalian lelaki yang tidak dapat dipecahkan.

Atau kalian akan mati mencuba untuk berada pada jalan ini.

Lelaki ini Ahmad al Hassan a.s telah banyak meletihkan aku. Dan aku juga banyak meletihkannya. Dia membuatkan aku banyak menangis. Dan aku membuatkan dia banyak menangis. Aku memohon Allah swt supaya mengampunkan aku.

Semoga jiwaku menjadi tebusanmu wahai bapaku Ahmad al Hassan.

Aku, sebagai wakilmu, mendapati bahawa diriku menjadi penggantimu bermaksud suatu hari kamu akan meninggalkan aku untukku mengisi tempatmu, maka bagaimanakah kaki kecil si bayi Abdullah akan memenuhi ruang kasut al Hussein a.s? Tiada kebaikan dalam hidup tanpamu wahai Aba Abdillah. Semoga jiwaku menjadi tebusanmu wahai Aba Abdillah.

Dan ketika Musa berkata kepada temannya, "Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua laut  atau aku akan berjalan bertahun-tahun. [Surah al Kahfi, 18:60]

Dan segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam

Allahumma solli ala Muhammad wa aali Muhammad al a’immah wal mahdiyyin wa sallim tasliman kathira.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
S- L'Islam comme Religion ?

Salam, Les méchants mécréants vont payer. S-[…]

N- Nostradamus.

Salam, Le retour du Christ. N-8. Quatrain f[…]