#63660
KEBANGKITAN


Rasulullah (SAWA) bersabda: “(….sehingga panji-panji hitam dikibar dari Timur. Mereka (yang mengibarkan panji-panji hitam) akan menuntut hak mereka tetapi dinafikan, kemudian mereka akan menuntut lagi hak mereka tetapi dinafikan dan mereka akan sekali lagi meuntut hak mereka tetapi tetap dinafikan. Maka itu, mereka akan berperang dan mereka akan diberikan kemenangan. Maka, sesiapa sahaja yang menyedari akan ini dari kamu atau dari keturunan kamu, pergilah kepada Imam dari Ahlal Baitku (a.s) , meskipun kamu terpaksa merangkak di atas air batu, kerana mereka adalah panji-panji petunjuk (kebenaran). Mereka akan menyerahkan urusan mereka kepada seorang lelaki dari dari Ahlal Baitku (a.s) . Nama beliau (a.s) adalah seumpama nama bapaku, maka beliau (a.s) akan memerintah bumi dan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana bumi ini sebelum itu dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman) - 25


Daripada Thawban, dia berkata : Rasulullah (SAWA) telah bersabda: “Tiga akan dibunuh dari perbendaharaan kamu, semua mereka adalah anak kepada Khalifah (Penganti) dan ia bukan untuk mereka. Kemudian panji-panji hitam dari Timur akan muncul dan akan memerangi mereka secara yang belum pernah dilakukan manusia sebelumnya.” Kemudian Baginda (SAWA) menyebut akan seorang pemuda dan berkata: “Jika kamu melihat dia (pemuda ini), berbai’ahlah (berikrar setialah) kepadanya kerana dia adalah Pewaris kepada Imam AlMahdi (a.s)” - 26


Oleh itu, kita dapat lihat di sini bahawa Panji Hitam akan diangkat bersama pemimpinnya, Waris Kepada Imam Al Mahdi (a.s) iaitu Imam Ahmad Al Hassan (a.s).

Dan para Imam Ahlal Bait (a.s) telah mengarahkan manusia untuk berbai’ah (ikrar setia” kepada beliau (a.s) kerana sesungguhnya misi beliau (a.s) pasti akan berjaya dan beliau (a.s) pasti akan memenuhi bumi ini dengan keadilan, sebagaimana bumi ini dipenuhi dengan kezaliman sebelumnya.

_________________________________________________________________________________________________
25… Mo’jam Ahadith AlImam AlMahdi, jilid 1, ms 382
26… Bisharat Al-Islam, ms 30
S- L'Islam comme Religion ?

Salam, Le bien plutôt que le mal. S-11. Afin[…]

Salam, À ceux qui ne jurent que par le Coran… […]

A- Nom nouveau du Mahdi.

Salam, Le Coran et Al-Kawthar sont reliés. A-1[…]