User avatar
By Peja
#63917
Di dalam kitab Al Ijil ("The Calf") Jilid 2, Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) berkata:

"Di antara tanda-tanda yang terdekat akan kemunculan dan kebangkitannya (Imam Mahdi (a.s)). Dan kemungkinan beliau (a.s) mempunyai beberapa siri kemunculan sebelum kebangkitannya di Mekah. Mungkin juga akan melalui wakil beliau seperti mana yang berlaku pada tempoh keghaiban kecil beliau. Dan kemungkinan ini diperkuatkan lagi oleh beberapa hadis para Aimmah (a.s). Dan kemungkinan permulaan kemunculan akan berlaku di ibu kota pada zaman ini iaitu ibu kota Najaf yang suci seperti mana jalan yang dilalui oleh datuknya, Nabi Muhammad SAW yang mana di utuskan di ibu kota pada zaman tersebut iaitu Mekah. Dan seseungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana dan kita tidak dibekalkan dengan ilmu pengetahuan kecualilah hanya sedikit". (Kitab: "Al Ijil -Jilid 2")

Kemungkinan besar riwayat ini adalah mengenai imam Ahmad Al-Hasaan (a.s) kerana kita tahu beliaulah yang akan berperang di dalam semua peperangan pada akhir zaman ini untuk bapa beliau Imam Mahdi (a.s) dan beliau akan menyerahkan daulah keadilan Ilahi kepada bapanya Imam Mahdi (a.s) dan yang akan muncul di Mekah jelas merujuk kepada Imam Ahmad (a.s). Tetapi jika ia merujuk kepada Imam Mahdi (a.s), membawa maksud yang Imam Mahdi (a.s) akan berhubung kepada kita semua melalui wakilnya dan mereka mestilah daripada 313 yang terpilih untuk membuktikannya. Dan sesungguhnya 12 lelaki yang terpilih pada masa ini adalah bersama dengan Imam Mahdi (a.s) dan juga Imam Ahmad Al-Hassan (a.s).

Sekarang, apakah yang telah Imam (a.s) Katakan?. Beliau berkata: "dan kemungkinan beliau (a.s) (Imam Mahdi) akan mempunyai beberapa siri kemuculan sebelum kemunculannya di Mekah. Mungkin akan melalui wakil beliau seperti mana di ketika keghaiban kecil beliau" yang mana ini membuktikan sebelum kemunculan beliau, Imam Mahdi akan berkomunikasi dengan kita semua melalui wakil beliau iaitu 12 lelaki daripada 313 yang terbaik dan mereka merupakan jalan komunikasi di antara kita; dan juga Imam (a.s), seperti mana yang berlaku pada ketika keghaiban kecil beliau, para pengikutnya tidak berhubung secara langsung dengan beliau, mereka akan menghubungi wakilnya; dan wakilnya akan menghubungi Imam Mahdi (a.s).

Sekarang sesetengah daripada pengikut Ofis Najaf mungkin akan mengatakan: "jadi wakil beliau adalah merupakan wakil daripada Ofis Najaf"

Walaubagaimanapun, kita mempunyai penerangan yang jelas lagi jitu mengenai wakil daripada Imam (a.s). Imam (a.s) telah memberitahu kita semua di dalam kitab "Penutup Kenabian"("The Sealing Prophethood") yang mana cara perhubungan di antara kita dan Al-Qaim (a.s) adalah melalui wakilnya yang daripada 313; dan mereka merupakan bandar-bandar yang jelas pada zaman ini seperti mana yang dijelaskan di dalam Al-Quran, nama mereka tidak dikenali di dunia ini, kedatangan mereka akan di laknat; dan mereka akan mengumpulkan manusia kepada Al-Qaim (a.s); dan mereka akan melalui rintangan; dan mereka akan melepasi rintangan tersebut. Rujuk di dalam bab "the attributes of the companions of the Qaim (a.s)" di dalam kitab 'Penutup Kenabian' ("The Sealing of Prophethood")

Jadi seperti yang kita maklum, apakah 12 lelaki ini telah lalui?. Tidakkah mereka di dustakan, kedatangan mereka dilaknat dan dibenci oleh kebanyakan Ansar, nama mereka tidak diketahui, mereka merupakan ansar terawal yang mendakwa mereka adalah daripada 313 yang terpilih, mereka mengumpulkan manusia kepada Al-Qaim (a.s), mereka menghadapi pelbagai rintangan daripada para ansar dan sebagainya !.
M- Deux Messies.

Salam, Viendront de faux Mahdis. M-13. Il e[…]

S- L'Islam comme Religion ?

Salam, Le Rappel. S-10. Mahdi est un avertis[…]

Salam, Les bannières noires. E-13. Le Desce[…]