#63842
Muntakhabul Basair: Saad meriwayatkan dari Ayyub bin Nuh dan Hasan bin Ali bin Abdullah dan lain-lain dari Abbas bin Aamir dari Said dari Daud bin Rashid, dari Humran dari Abu Jaafar Imam Muhammad Baqir (a.s) bahawa Beliau (a.s) berkata:

*“Yang pertama akan datang kembali Raj’ah adalah Imam Hussein (a.s) dan beliau (a.s) akan memerintah begitu lama sehingga kelopak matanya jatuh menutup matanya”*.

Muntakhabul Basair: Saad meriwayatkan dari Ibni Abil Khattab dari Muhammad bin Sinan dari Ammar bin Masruq dari Munakhkhal bin Jamil dari Jabir bin Yazid dari Abu Jaafar Imam Muhammad Baqir (a.s) bahawa beliau (a.s) berkata berkenaan ayat Al-Quran:

*“Wahai orang yang berselimut!. Bangkitlah dan berilah peringatan…”*

(Surah Muddaththir 74: 1)

… *Muddaththir* merujuk kepada Nabi Muhammad SAW dan *’Bangkitlah dan berilah peringatan…’* bermaksud kebangkitannya di era Raj’ah, di mana beliau SAW akan bangkit untuk memberi peringatan kepada manusia tentang firman Allah SWT:

*”Sesungguhnya (neraka) itu salah satu (malapetaka) yang besar. Satu peringatan kepada manusia…”*

(Surah Muddaththir 74: 35-36)

Iaitu Nabi Suci Muhammad SAW adalah Pemberi Peringatan kepada manusia pada era Raj’ah.

Juga firman Allah SWT:

*”Dan tidaklah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad), melainkan untuk umat manusia seluruhnya sebagai pembawa khabar gembira (untuk orang beriman) dan sebagai pemberi peringatan (kepada orang-orang yang engkar)…”*

(Surah Saba 34: 28)

Muntakhabul Basair: Saad meriwayatkan dari kumpulan perawi dari Ibni Abu Uthman dan Ibni bin Ishaq dari Muhammad bin Sulaiman Dailami dari ayahnya, bahawa pernah suatu ketika ia bertanya kepada Imam Jaafar Ash-Shadiq (a.s) berkenaan firman Allah SWT:

*”Sesungguhnya Dia yang menjadikan Al-Quran terikat kepadamu (Wahai Muhammad) akan membawa kamu kembali kepada tujuan”*.

(Surah Qasas 28: 85)

Beliau (a.s) berkata:

*”Nabi kamu akan kembali kepada kamu”*.

{Bihar Al-Anwar – Bahagian 2}
Y- Yamani et Yawmiates (Mémoires).

Salam, Le récipiendaire. Y-13. Il est aussi[…]

N- Nostradamus.

Salam, Au détriment des associateurs. N-7. […]