#63849
​Catatan dari Ibrahim Kufi Ikmaaluddin:

Sheikh Saduq telah meriwayatkan dari Ali bin Ahmad dari Asadi dari Nakhai dari Naufili dari Abu Ibrahim Kufi bahawa dia berkata:

“Aku pergi kepada Imam Jaafar Ash-Shodiq (a.s) dan duduk bersama semasa keberadaannya apabila Abul Hassan Musa ibnu Jaafar (a.s) masuk ketika beliau masih kanak-kanak. Aku bangun, mencium baginda dan duduk bersamanya. Kemudian Abu Abdullah (a.s) mengingatkan, “Wahai Ibrahim! Ketahuilah, dialah Tuanmu selepasku. Ketahuilah, kerananya satu kumpulan akan dihancurkan sementara yang lainnya akan terpelihara. Kemudian semoga Allah melaknat pembunuhnya dan menggandakan azab sesiapa yang menentangnya. Ketahuilah, sesungguhnya Allah akan mengeluarkan dari keturunannya penduduk dunia yang terbaik pada zamannya. Dia akan dinamakan sempena datuknya, dia akan menjadi pewaris ilmu ini dan berhukum di dalam pertimbangannya, peti rahsia Imamah dan sumber asal kebijaksanaan. Penguasa zalim dari Bani Abbas akan membunuhnya selepas tindakannya yang menakjubkan, disebabkan oleh kedengkian. Namun Allah SWT akan menyampaikan urusan-Nya walaupun tidak disukai para penyembah berhala. Dan Allah akan mengeluarkan dari keturunannya 12 Mahdi yang lengkap (pemimpin yang diberi petunjuk). Allah telah memilih mereka demi kemuliaan-Nya, mengizinkan mereka sabar pada kesucian-Nya dan ke-12 yang dinantikan adalah daripada mereka, sepertinya sedang berdiri di depan Rasulullah SAW dengan pedang terhunus di dalam pertahanannya”.

Kemudian seseorang dari sekutu Bani Umaiyyah masuk menyebabkan Imam terpaksa memendekkan ucapannya. Aku kembali kepada Abu Abdullah (a.s) sebelas kali supaya beliau dapat melengkapkan ucapannya namun beliau tidak dapat berbuat demikian. Pada tahun berikutnya, yang mana pada tahun kedua, aku pergi kepadanya ketika beliau sedang duduk. Beliau (a.s) berkata: “Wahai Ibrahim!. Dialah orangnya yang akan membebaskan syiahnya selepas kesempitan yang amat sangat, bala yang berpanjangan, kedukaan dan ketakutan. Maka tahniah kepadanya yang telah menjumpai waktunya. Ini mencukupi bagimu, wahai Ibrahim”. Ibrahim berkata: “Maka tiada yang lebih dihargai oleh hatiku atau yang melegakan mataku selain dari ucapan ini”.

Ghaibat Tusi:

Telah diriwayatkan dari Fadhl dari Ismail bin Mahran dari Aiman bin Mohraz dari Rufaa bin Musa dan Muawiyah bin Wahab dari kemuliannya, Abu Abdullah Shodiq (a.s) bahawa beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Rahmat ke atas sesiapa yang beruntung untuk hidup di zaman Al-Qaim dari Ahlul-baitku. Sesiapa yang percaya kepadanya semasa keghaibannya dan sebelum ketibaannya, sesiapa yang mengasihi rakan-rakannya dan kekal menjauhi musuh-musuhnya. Mereka ini akan menjadi rakanku dan yang paling rapat denganku ketika Hari Pengadilan”. (mengikut tradisi Rufaa:) “dan makhluk Allah yang paling dihormati di dalam pandanganku”.

Ghaibat Tusi:

Telah diriwayatkan dari Fadhl dari Ibnu Mahbub dari Abdullah bin Sinan dari Imam Jaafar Ash-Shodiq (a.s) bahawa beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Kemudian akan datang manusia selepas kalian, setiap satu darinya layak mendapat 50 kali lebih dari ganjaran kalian”. Mereka berkata: “Wahai Rasulullah SAW, kami hidup di sisimu, memerangi Badar, Uhud dan Hunain bersamamu; dan kitab suci Al-Quran turun di antara kami”. Rasulullah SAW menjawab: “Sesungguhnya jika kamu menempuhi apa yang mereka tempuh, kamu tidak akan bersabar seperti mereka”.

Al-Mahasin:

Telah diriwayatkan dari Uthman bin Isa dari Abul Jarud dari Qinwata Ibnu Rashid Hijri bahawa dia berkata:

Aku berkata kepada bapaku: “Mengapa kamu bekerja dengan begitu kuat?”.

Dia menjawab: “Anakku, selepas kita akan tiba segolongan manusia yang kefahaman agamanya akan lebih tinggi kepada perjuangan orang-orang terdahulu”.

Al-Mahasin:

Telah diriwayatkan dari Muhammad bin Hasan bin Shamun dari Abdullah bin Amr bin Ashath dari Abdullah bin Hammad Ansari dari Sabbah Mazni dari Harith bin Hasir dari Hakam bin Uyyina bahawa dia berkata:

“Pada hari Amirul Mukminin (a.s) menewaskan tentera Khariji di Nahrawan, seorang lelaki berdiri dan menyoal: Kami amat bertuah dapat bersama di dalam peperangan ini bersamamu dan untuk menewaskan Khawarij.

Amirul Mukminin (a.s) berkata: “Demi yang memecahkan bijian dan mencipta segala makhluk hidup, kita telah menyaksikan orang yang menyertai peperangan ini, Allah SWT belum lagi mencipta nenek moyangnya”.

Lelaki itu bertanya: “Bagaimana mereka yang masih belum diciptakan terlibat di dalam peperangan?”.

Beliau (a.s) menjawab: “Ya, ia adalah komuniti yang akan datang di akhir zaman dan menyertai peperangan kita ini, yang akan menyokong pendirian kita; dan benar-benar menyertai apa yang kita lakukan”.
H- Pierre (Hidjara).

Salam, Une Pierre-Témoin. H-5. Mahdi est un[…]

A- Nom nouveau du Mahdi.

Salam, Miséricorde partout. A-18. Une sœur r[…]

S- L'Islam comme Religion ?

Salam, Petit Rappel du Rappel. S- 12. Le Ra[…]