User avatar
By Peja
#64819
Perumpamaan Isa (a.s)

Pada suatu hari Nabi Isa (a.s) keluar dari rumah dan duduk di tepi danau. Maka datanglah orang ramai mengerumuninya, lalu Nabi Isa (a.s) naik ke perahu dan duduk di situ, sedangkan orang ramai berdiri di tepi pantai. Kemudian Nabi Isa (a.s) berbicara banyak perkara di dalam bentuk perumpamaan kepada mereka.

Kata Isa (a.s):

“Adalah seorang penabur keluar untuk menabur benih tanaman. Pada waktu ia menabur, sebagian benih itu jatuh di pinggir jalan, lalu datanglah burung dan memakannya sampai habis. Sebahagiannya jatuh di tanah yang berbatu, yang tidak banyak tanahnya, lalu benih itupun segera tumbuh, kerana tanahnya nipis. Tetapi sesudah matahari terbit, layulah ia dan menjadi kering kerana tidak berakar. Sebahagian lagi jatuh di tengah semak berduri, maka apabila semak itu semakin besar dan menghimpitnya; dan membuat tanaman itu mati. Dan sebahagian lain jatuh di tanah yang baik lalu berbuah: ada yang seratus kali ganda, ada yang enam puluh kali ganda, ada yang tiga puluh kali ganda. Siapa yang mempunyai telinga, hendaklah ia mendengar!”.

Maka datanglah murid-muridnya dan bertanya kepadanya:

“Mengapa anda berbicara kepada mereka dalam bentuk perumpamaan?”.

Jawab Isa (a.s):

“Kamu diberi kurnia untuk mengetahui rahsia Kerajaan Syurga, tetapi tidak kepada mereka. Kerana siapa yang diberi(kurnia), kepadanya akan diberi, sehingga ia melimpah; tetapi siapa yang tidak diberi (kurnia), apapun juga yang ada padanya akan diambil dari padanya. Itulah sebabnya aku berbicara di dalam bentuk perumpamaan kepada mereka; kerana sekalipun melihat, mereka (sesungguhnya) tidak melihat dan sekalipun mendengar, mereka (sesungguhnya) tidak mendengar; dan tidak mengerti. Maka pada mereka lengkaplah nubuat (‘prophesy’) Yesaya (Nabi Isaiah (a.s)), yang berbunyi: Kamu akan mendengar dan mendengar, namun tidak mengerti, kamu akan melihat; dan melihat, namun tidak menanggap (memahami). Sebab hati bangsa ini telah menebal dan telinganya berat mendengar; dan matanya melekat tertutup; supaya jangan mereka melihat dengan matanya; dan mendengar dengan telinganya; dan mengerti dengan hatinya, lalu berbalik sehingga aku menyembuhkan mereka”.

“Tetapi berbahagialah matamu kerana melihat dan telingamu kerana mendengar. Sebab aku berkata kepadamu: Sesungguhnya banyak nabi dan orang benar ingin melihat apa yang kamu lihat, tetapi ( mereka) tidak melihatnya, dan ingin mendengar apa yang kamu dengar, tetapi (mereka) tidak mendengarnya”.

Kerana itu, dengarlah maksud perumpamaan penabur itu. Kepada setiap orang yang mendengar firman tentang Kerajaan Syurga, tetapi tidak memahaminya, datanglah si jahat dan merampas yang ditaburkan di dalam hati orang itu; itulah benih yang ditaburkan di pinggir jalan. Manakala benih yang ditaburkan di tanah yang berbatu-batu itu pula ialah orang yang mendengar firman itu dan segera menerimanya dengan gembira. Tetapi ia tidak berakar dan bertahan hanya sebentar sahaja. Apabila datang penindasan atau penganiayaan (ujian) kerana firman itu, orang itupun segera murtad. Dan maksud benih yang ditaburkan di tengah semak berduri itu pula ialah orang yang mendengar firman itu, lalu kekuatiran dunia ini dan tipu-daya kekayaan menghimpit firman itu sehingga tidak ia berbuah. Dan benih yang ditaburkan di tanah yang baik ialah orang yang mendengar firman itu dan mengerti; dan kerana itu ia berbuah, ada yang seratus kali ganda, ada yang enam puluh kali ganda, ada yang tiga puluh kali ganda”.
S- L'Islam comme Religion ?

Salam, Le bien plutôt que le mal. S-11. Afin[…]

Salam, À ceux qui ne jurent que par le Coran… […]

A- Nom nouveau du Mahdi.

Salam, Le Coran et Al-Kawthar sont reliés. A-1[…]